,

Klik Klik Klik. TQ!

Kain Sari

Penerangan Mengenai Kain Sari Eksklusif

Kain Sari Eksklusif yang ditawarkan oleh Kain Eksklusif sememangnya cun habis, famous dan fabulous! Jenis kain adalah georgette yang selesa dipakai dan boleh juga dikenakan tanpa diseterika.

Yang pasti koleksi Kain Sari Eksklusif ini pastinya akan menyerlahkan penampilan si pemakai dan sekiranya anda inginkan kelainan, koleksi Kain Sari Eksklusif sangat sesuai untuk digayakan.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan kerana kain ini telah tersedia dengan jahitan labuci / manik. Jadi tak perlu berhabisan duit lagi untuk tempahan manik bagi menaikkan seri. Oh ya, panjang kain adalah 6 meter. Oleh itu, pembeli yang bercadang menempah baju kurung moden boleh mendapat 2 helai baju dan sehelai kain. 1 baju sarat dengan labuci dan 1 baju lagi hanya separuh sahaja dihiasi dengan labuci. Jadinya pembeli boleh membuat pilihan untuk mengenakan mana-mana baju mengikut kesesuaian majlis.
 

Di bawah ini adalah contoh potongan Kain Sari Eksklusif yang boleh diperolehi dengan 6 meter kain yang ditawarkan. (klik untuk besarkan gambar)



Jom set trend baru dengan mengenakan kain jenis Kain Sari Eksklusif sebagai kain untuk baju kurung moden anda. Pasti meletop! Kalau kain ini nak dijahit sebagai kebaya pun boleh seperti contoh di bawah.... (contoh KSE02)



Untuk melihat stok kain sari, boleh ke SINI (sila klik)